Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Prudential..insuran..dan kesedaran aku...

Salam semua..baru-baru ni pada ahad lepas..aku ada 'participating' dalam 'preview course for new prudential's agent'..bertempat di prudential training center, seberang jaya..program bermula sekitar 9 pagi hingga 5 petang..phew! untuk aku? haha sudah semestinya kelas paling lama dalam sejarah yang pernah aku hadiri..ya lah..masa alam kampus dulu mana pernah ada kelas sampai penuh jadual macam tu..jadi seperti nya hari itu dalam sejarah..aktiviti bermula bilamana aku tiba lewat 30 minit..(malunya..buka ja pintu..semua orang pandang muka aku...nak tak nak masuk ja buat muka tak bersalah..siap duduk baris depan betul-betul depan penceramah..itulah akibatnya kalau ada aktiviti menonton 'prince of persia'...)

Dan aku dengan penuh khusyuk mula memberi sepenuh perhatian kepada topik-topik yang yang di syarahkan..dan seperti biasa..ceramah yang panjang berjela amat mudah membuatkan mata aku merasa letih dan hampir-hampir tertutup dan masuk ke alam mimpi di siang hari (agak keterlaluan apa yang telah berlaku..maknanya..aku telah terlelap di saat-saat genting begitu!)nak buat macamana..aku kurang tidur di waktu malam..jadinya..dalam keadaan aku yang separa sedar..separa mengantuk tu..aku masih boleh mengkatalog kan data-data terus ke dalam ruang-runag membran sel otak aku..tahniah untuk diri sendiri!..dan disini ingin disimpulkan secara ringkas dari apa yang telah aku kutip pada hari itu..

bertapa penting nya insuran terhadap seseorang individu itu? ya sangat penting..tambahan pula jika mereka itu sudah punyai keluarga..di sini aku ingin senaraikan kepentingan-kepentingan insuran terhadap individu dan juga sanak saudara...

1. Kaum lelaki : anda merupakan ketua keluarga, dimana segala tanggungjawab menyara keluarga digalas di bahu anda, maka..jika anda tiada persediaan insuran untuk melindungi anda serta pendapatan bulanan anda..dan tiba-tiba jika sesuatu musibah berlaku ke atas diri anda? bagaimanakah situasi keluarga anda di saat itu..jadi itulah gunanya insuran..dimana ianya merupakan protection income disamping melindungi anda dan keluarga..sebab kita tidak tau mungkin esok lusa kita di timpa kemalangan..

2. Kaum perempuan : rata-rata sekarang org perempuan lebih berisiko mendapat penyakit kanser..jadi sebagai langkah-langkah berjaga-jaga..sediakan payung sebelum hujan..maka insuran adalah jln yg terbaik..bilamana kita mendapat penyakit kritikal?kita tidak tau..tp once kita kena..kos rawatan perubatan sangatlah membebankan diri dan keluarga..jadi..fikir-fikirkanlah..

ok..saya ada kerja nak buat..perbincangan akan bersambung lagi..babai..
Mata..dan kacamata..

Ahad lepas..aku balik rumah padang serai..ahad kan cuti..jadi mengambil ruang untuk merehatkan diri dan bermain 'pc game' iaitu aktiviti yang agak lama aku tinggal sejak aku ambil keputusan untuk menyewa di sg. ara.

Kisah tajuk di atas ada kena mengena dgn 'pc game'..sekitar pukul 11 malam aku mula bermain..tiba-tiba kepala ini diserang sakit kepala..kacau betul berdenyut-denyut pula tu..aku pun ambil minyak cap kapak dan sapu kat dahi..masih berdenyut juga..dengan tiba-tiba..terasa padangan mata kabur..kembang semacam ja tengok monitor..aa sudah..huruf pun aku nampak tidak berapa jelas..lepas tu aku pinjam kejap spek mata sepupu..lepas pakai..jeng..jeng..'clear' terus mata aku..sakit kepal pun kurang hilang terus..mata pun ok..apakah petandanya ini??takkan kena pakai spek kot..dlm family aku tiada sesapa yg pakai spek..

jadi kesimpulannya..esok kena p cek mata..hope that i am not wearing the spectacle..

heart and soul therapy


Followers