Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Blog outdated!

Assalamualaikum, selamat menghadapi bulan Ramadhan Al mubarak kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia..

Alhamdulillah saya masih di beri kesempatan oleh Allah swt untuk bernafas sehingga ke hari ini..juga peluang untuk " pengurusan masa peribadi yang efektif bersama si kecil "...

30% downloading............................................................blog dlm proses "update"

stay tune ^_^

Wordless Sunday Night




"I knew I loved you when I realized that there was no one else I would rather laugh, cry and make memories with."



Menu santapan hari ini

AsSalam

Harini 1 hari me tidak makan nasi, sebabnya alahan me masih ada tinggal saki baki lagi (me sangat alah dengan semua jenis makanan yang bertumis guna bawang dan rempah ratus until now..)..sekarang kandungan me dah nak masuk 6 months..ohh 3 months to go (nervous!), ok berbalik kepada tajuk asal..untuk breakfast pagi tadi..me cuma buat roti telur berlapis keju ja (seriously sedap!silalah cuba....), resipi ni me berpandukan pada buku resepi di bawah yang me grab di MPH last day sempena nak habiskan baucer buku 1M me yang tinggal lagi rm50..

haa inilah bukunya...

sebenarnya me beli sebab nak cuba menu baru yang lain dari yang me pernah makan, kot-kot la lain dari kebiasaan yang sesuai untuk pregnant mummy (i am picky eater) macam me ni..tapi masa nak beli tu, pihak mph dah wrapping..so tak boleh nak review isi dalamnya...harga pun murah rm13 ja, so me grab la 1 guna duit free kan..tapi apakan daya, bila balik rumah ja..buka wrapping konon-konon tak sabar nak tengok isi dalam, bila tengok ja sekali imbas alaaaa! menu tak banyak yang menarik..hampir keseluruhan menu dalam buku ini adalah menu harian yang mak kita dok masak hari-hari, contohnya kari ayam, asam pedas ikan pari, taugeh tumis, sayur campur, nasi lemak, mi bandung, sandwich tuna and etc..cuma adala sikit-sikit yang memang orang suka makan tapi jarang di komersialkan..nak rasa pelaburan ini satu kerugian?bagi me tidak..sebab me memang ulat buku dan suka kumpul buku, jadi me tidak rasa ralat sangat rugi beli buku ni.. 

sila scroll ke bawah .....

*
*
*
*
*
*
1
2
3

haaa inilah rupa roti telur berinti keju yang me cuba dari buku resipi 9 bulan 10 hari...
me cuma buat 2 keping ja..tu pun dah sangat mengenyangkan ok..dan sangat sedap bila makan panas-panas, lepas tu cicah dengan sos tomato (my favourite!) pulak kan..hmmm nikmatnya rezeki-mu ya Allah...



bahan-bahan buat yang mudah :

roti gardenia (ikutla berapa keping yang kamu suka)
kepingan keju kraft
telur
sedikit garam
sedikit serbuk lada putih

cara buat :

pecahkan telur + garam + lada putih
kepilkan roti dengan keju
celupkan roti tadi ke dalam telur
goreng guna non stick pan + mentega atau butter sehingga kekuningan

hidangkan dan sedia untuk di makan!

menu dinner me pun ini juga yang me buat 2 keping juga,
 lepas tu adala me makan sikit bersama sup sayur rebus fucuk + cendawan hitam tanpa tumisan bawang ok yang my mom buatkan untuk menu tengahari tadi..

ihsan dari mr google..

so kenyangla me malam ni... ^_^





Cara-cara buat kotak kertas

 AsSalam semua...

kepada yang request utk cara-cara buat kotak kertas..saya minta maaf banyak2 sebab telah amik masa yang lama nak post kan kt sini..sebabnya..saya mengalami simptom morning sickness yang teruk juga..segala kerja tak boleh nak buat..jadi sekarang ni tu semua dah pun berlalu..dan saya alhamdulillah dah kurang alaminya..sikit2 ja ada...so kita teruskan kepada agenda utama..anda-anda sekalian saya post kan gambar-gambar di bawah ini mengikut turutan ya...


ini contoh kotak kahwin saya last year haritu.....ok untuk membuat kotak yang seperti di atas....
sila ikuti langkah2 yang  tertera dlm gambar2 di bawah yang dah di susun mengikut langkah demi langkah


peralatan yang digunakan....eh...stapler pulak tertinggal...


mula-mula begini...


kemudian lipat-lipatkan



ok setelah dapat line yang kita lipat-lipatkan tadi...


mulakan untuk membentuk kotak



lipat-lipat



lipat-lipat lagi..sampai dapat bentuk macam ini....


kemudian buka lipatan tadi macam ini....sebab nak potong pulak seperti di bawah



potong slow-slow


potong sehingga setakat dlm gambar tu ja..


haaa lepas potong akan jadi begini....









stapler kan di hujung kedua-dua bahagian supaya lipatan tak terbuka ya...


so inilah hasilnya....



dua gambar di atas ni pulak untuk buat penutup kotak..langkah-langkah untuk hasilkan penutupnya sama jugak macam ja macam badannya..cuma saiz penutup tu anda perlu lipatkan kertas biar besar sikit dari saiz badannya..main agak-agak ja..



akhir sekali...inilah hasilnya...kotak dan penutup...sama saiz ja ketinggian kedua-dua nya..


SELAMAT MENCUBA!

p/s : kalau tak faham sila emailkan pertanyaan anda pada saya ya..
shima10384@yahoo.com atau shima10384@gmail.com








.







March 2012 Blog Giveaway by kak Lin !!



Hai..hai hai..harini me post march blog giveaway by kak lin (sila klik link ini) ...I really-really love it!!! by the way me memang sangat suka mengikuti perkembangan hasil-hasil kreatif quilling kak lin ni setiap minggu..sampai me terdetik dalam hati " Ya Allah..sangat agung ciptaan Allah SWT, kerana telah mencipta manusia yang sangat2 kreatif seperti kak lin.." begitu banyak idea yang di curahkan dengan hanya menggunakan benda yang simple2 seperti kertas..soo kreatif! me hope kak lin akan teruskan menghasilkan kraf-kraf yg dengan lebih baik dari masa ke semasa..cyaiok!

Me sekarang pun telah mula meminati seni quilling ni sejak2 me terbaca pasal kak lin dalam newspaper..me siap suggest kan pada sedara mara me (suruh follow blog kak lin) yang suka dgn seni2 kraf ni...me pun siap beli set quilling dari salah seorang quilling blogger yang me jumpa dlm blogger list kak lin..

SO PADA SESIAPA YANG NAK TAHU LEBIH LANJUT PASAL QUILLING OR NAK ORDER KAD UTK YG TERSAYANG SILA LAYARI SINI YER.. http://azlina-lin.blogspot.com/


Ketidakselesaan...

Assalam alls.. dh nak dekat jam 11mlm...Ya Allah..semenjak pregnant ni..me selalu sangat rasa lesu, makan tak lalu..minum pun kurang..bibir me dah pecah-pecah kering..hidung berdarah pulak tu..huhu sedih rasanya..mungkin sebab me seorang yang aktif lasak sebelum ni..jadi sekarang ni semua kelasakan dan keaktifan itu dah pergi..me bukan setakat kena morning sicknes..tapi all day long sickness..satu kerja pun me tak boleh buat..langsung tak boleh ok..tambahan pulak my hubby kerja jauh..nak jumpa pun 2minggu sekali..oohhh Ya Allah..kuatkanlah iman hamba-mu ini..me dok tunggu my bie balik hari demi hari...

Rata-rata memangla me tau ramai yang mengalami morning sickness cuma bezanya teruk dengan tak teruk..kebetulan ubat alahan me yang doktor bekalkan dah habis..me nak ke klinik balik pun tak terdaya...still nak tunggu my bie balik and bawa me juga..my parents and my parents in law tiap-tiap hari tanya me nak makan apa?teringin apa?..buat masa sekarang selera makan me sangat teruk tak lalu nya..berat me dari 58kg dah tinggal 53kg dlm 2 bulan..me telah sedaya upaya untuk makan tapi...cannot go on! supplement yang me beli dari kawan langsung lah me tak boleh makan sebab bau dia...macamana la me nak tambah zat untuk baby me...really sorry dear! mata me kalo tengok silau pun me naik pening dan mual..me sangat berharap agar segalanya ini akan berakhir tak lama lagi..harap-harap sekejap jelah..sungguh tak tertanggung rasanya...

me terpaksa ke toilet jap..me dah rasa mual nak muntah ni...

Alhamdulillah..I will become a mommy !

Actually me and husband p klinik nak check pasal batuk I yang dah sebulan tak baik-baik lagi..then bila sampai ja di klinik..( me bagitau bie..nervous la pulak nak jumpa doktor..)

Me : Doktor..saya batuk dh sebulan..tapi tak baik-baik lagi..lepas tu kan, saya rasa lesu nak muntah dan pening kepala..

Doktor : ok puan shima go and check urine dulu..then nanti kita tengok macamana..

Me : fuhh dup dap dup dap..ishh kena kencing manis pulak kah?? (sambil berkata di dalam hati)

Nurse : puan shima..sila masuk.

Me : ok..jom bie teman!

Doktor : Alhamdulillah dan tahniah...puan dah mengandung..

Me : pandang husband..dia senyum..muka me??schoked! tangan kaki semua sejuk kebas...huhu langsung tak sangka..(dalam hati..ooo patutla period lewat..lepas tu bau daging pun tak boleh hidu...oooo)

Husband : Alhamdulillah....sengihhhhh ja..

Doktor : shima ada rasa period lewat tak?

Me : ya doktor lewat..sepatutnya dah period awal bulan..sebab last period saya haritu awal bulan 10..

Doktor : Ya itula...so shima ingat tak last period bila?

Me : Alamak doktor saya tak ingat la..

Doktor : haishhh mana boleh tak ingat..nanti nak p klinik gov kena marah dengan nurse..sebab diorang nak kira due date delivery baby nanti..

Me : Alamak yaka..nanti balik saya tengok dlm planner..selalunya saya tulis dlm planner..

Bie : awal minggu bulan 10 doktor..

Doktor : hmmm kejap saya nak kira....hmmm..kalau awal bulan 10..maknanya shima baby shima sekarang dah 5 weeks..

Me : Ooooooo yaka..

Doktor : Ok next month nanti datang balik kita nak buat pengesahan untuk tarikh delivery ya..

Me : ok doktor

Doktor : so ada apa-apa yang nak tanya tak pasal ini?bila kahwin?anak pertama ka?

Me : tak tau nak tanya apa doktor..saya masih terkejut lagi..ya anak pertama..kami baru ja bulan 6 haritu kahwin..

Doktor : ok..doktor nak tunjuk keadaan di awal trimister yang pertama 5 to 6 weeks..(refer on picture yang doktor tunjuk )..so shima kena banyak makan buah-buahan, sayur dan susu ya..kalo ikutkan date last period..shima akan delivery maybe dalam bulan 7...

Me and husband : masing-masing dok kira..wahh bulan puasa kot...

then..dah settle dengan doktor...ambil ubat yang doktor bagi..ubat alahan, ubat batuk dan asid folik...then balik umah mertua...apapun sangat rasa bersyukur dengan rezeki yang Allah S.W.T berikan..semoga anak yang di kandung sentiasa dilindungi oleh Allah dan menjadi zuriat yang soleh solehah amin...amin..amin...

LATELY

Lately...

I love stayed at home and be a housewife! actually I have lots of time to rest and relax without any working schedule inside my brain.. no paper work out! just love it ahakss...

my routine for 1 month until now ...

wake up early for solat subuh..
then turn on the tv for 'tanyalah ustaz' on tv9
the breakfast show! it's been long time I've missed the programme
preparing for breakfast...eat pray love
surfing the net must be facebook ^_^ .. blog walking..blogging..air asia..cuti-cuti malaysia..newspaper..
after that check yahoo mail, prepared my part-time job quotation..
washing..while listening through hitz.fm gotcha call...
after all...take a rest and sleeping...zzzzzzz......
wake up back...take a bath..ouhh so fresh!
it's sewing time! curtain..curtain..curtain..my curtain..
have a good time with old town white coffee at home.....

what a pleasure mind I have now..thanks a lot Allah S.W.T for all that you gave to me..

11:53pm..

Hi all..

Actually, I am feel hungry now! argghhhhh so sudden... while watching deadly impact on star movie

tutttttttt...trettttt.....krukkkk...kreekkk....

I think that, i should find something to eat now...or maybe I am going to make a mee maggie! oh yeah..let's go and cook now...

ingredient we need :


1. mamee asam laksa 
2. egg
3. minced beef (my fav can't live without)


COOKING TIME !!

Hari-hari terakhir bergelar pekerja

Assalam..

Tidak sabar rasanya meghitung hari tik tok tik tok nak sampai ke hari isnin minggu depan!

perasaan??

semestinya happy weee ^_^ ...dan yang paling happy adalah my dearly biebie...sebab I officially akan berhenti kerja minggu depan dan akan menjawat jawatan surirumah untuk 1 bulan (hope 2 bulan sebenarnya, xpalah nanti nak try minta excuse )...

sebabnya??mesti you all pelikkan??I memang menuggu-nunggu saat ini..dah lama rasanya asyik kerja ja..nak cuti pi bercuti pun susah nak dapat..jadi keputusan muktamad setelah semasak-masaknya fikir...berhenti dari jawatan pelbagai guna..dan lepas ni boleh mula mengatur destinasi untuk melancong...jalan-jalan cari makan!waahhhh lagi tak sabar nak tunggu bie balik...

tambahan pula sekarang tengah bersemangat nak sambung belajar..jadi I mengambil peluang sekali untuk memohon menyambung pengajian secara separuh masa tahun depan..jadi sementara nak masuk tahun depan..siap-siap menghabiskan masa dulu..nanti dah mula kelas susah dah nak ada waktu berlibur....






Kembali berinternet dari rumah sewa...

Assalam...

ahaaa dh lama sangat-sangat dh tak update blog...ini adalah kerana penyakit M telah menguasai diri..jadi apalagi bersawang lah blog I ni..selain dari itu kat rumah sewa I ni tiada talian internet..so memang tak melayari dunia maya la ya..

ok sekarang ni I dah ada celcom broadband kat rumah..jadi tiada masalah dan alasan lagi untuk tidak berblogging..actually baru ja lagi ni, setelah agak lama dok survey tak tau nak pakai talian apa..lastly celcom juga..

Broadband

Assalam....

hai, dah sgt-sgt lama dan jarang-jarang dapat berblogging sekarang ni...sebabnya?masih dlm tanda tanya..hehe..apapun agak lama kepala ni sarat dengan pemilihan broadband (berdenyut-denyut fikir, tinjau pakej-pakej, tanya sana sinun...) sampailah sekarang..

sebenarnya kes ini bermula apabila en husband request nak pakai tm streamyx kt rumah (katanya..dia nak beli another laptop..) jadi kami berdua boleh online pada masa yang sama..( kalau broadband dah tentu aku seorang ja yang kawal nak online kan..) lepas tu yang aku ni pula dah beria-ria nak register celcom broadband memandangkan aku ni selalu travell kedah ~ penang, jadi ake memerlukan portable internet device..

memandangkan oleh itu..aku ni pula yang terjebak dalam kecelaruan membuat pemilihan (help me guys!)...mengikut survey yang aku buat..p1wimax telah mendahului carta teratas undian..dengan one plan yang ditawarkan, aku boleh dapat 2 modem pada 1 harga (1 modem wifi dan 1 modem broadband..menarik bukan??) tetapi isu yang timbul pula adalah mengenai coverage area nya..kalau rumah sewa kat penang ni memang tip top..tapi apabila aku pulang ke kampung halaman nun di sg lalang, kedah?hmmm not under coverage (so bad..cause mostly on weekend aku habiskan kt umah mak ) so macamana ni??pening.pening.pening...pakej nya memang dah ok sangat..tapi coverage area la pula...

di sebabkan oleh itu, semalam masa en husband call aku (husband aku keja kat luar negeri bukan negara)..aku pun cerita dari A sampai Z pasal pakej-pakej servis internet yang ditawarkan oleh kebanyakkan syarikat telekomunikasi...dan en husband telah beri kata putus, suruh langgan broadband ja buat masa ini (katanya lepas ni lah baru survey balik yang wifi modem at home tu)..aku pun agree ja...lepas tu bila pergi kerja..sambil-sambil online..aku pun layari digi, celcom dan maxis...tiba-tiba aku tengok di antara ketiga-tiga jenama ni..digi tawarkan pakej broadband paling murah pada kelajuan yang agak berbaloi....

Digi....



beberapa minit kemudian........

aaa...pening kembali memikirkan pakej-pakej broadband pula....jadi bagaimana ni??tunggu malam nanti en bie call nak bincang lagi...kalau tidak..tunggu ja en bie balik next other week...then en bie ja lah yang pergi survey kat kedai...senang cerita....


Alhamdulillah syukur padamu Allah selamat sudah...3 June 2011

Assalamualaikum...

agaaaakk lama sangat tak update..actually sebelum ni update blog kat office, jadi apabila kembali bekerja setelah cuti kahwin habis, faham-faham jelah..kerja membukit bergunung...jadinya tiada masa nak update, kat rumah tak usah cakap..tak ada internet..jadi untuk sesi pemanasan kembali berblogging ni..saya paparkan secebis dua gambar-gambar hari bersejarah yang telah berlangsung pada 3 Jun 2011 (nikah), 4 June 2011 (rumah perempuan) dan 6 Jun 2011 (rumah lelaki), gambar-gambar ni pun amik dari adik ipar cameraman yang tak official, yang photographer (adik ipar juga, tp yg officials) punya belum siap..hmmm lama juga tu..so you all..enjoy yang tak berapa cantik ni....


time ni tak nervous lagi....


haaaa see..jam tu yang penting ok..sampai kena marah dgn makcik yg handle majlis...haha..ada ka patut dia ckp jam tu tak sesuai dgn aku...


ya! saya setuju...hehee...
ni lah 1st time aku pakai inai..merah sgt..sampai malu nk tonjolkan jari jemari yg tak runcing itu...


yang baju hijau tu my dad..and bertudung maroon tu my mom..


menerima mas kahwin dari en hubby...sob sob sob...sgt2 terharu


ni yg plg terharu ni...dua org sahabat..ika dan tasha berkampung kat rumah aku3 hari...tq girls!


setelah selesai majlis...preview sket jubah nikah..


sob sob sob...tetiba ja rasa sebak tak dapat nak ucap...meraung2 juga la kan...anak mak la katakan...


perkenalkan..ini keluarga mertua..kiri dan kanan aku dgn hubby tu MIL and FIL


lastly....ini short vclip sepanjang majlis akad nikah...


stay tune!!







Update...

Assalamualaikum...




post to be update tonight ! can't wait for that...heheeee....



2 July 2011

17 May 2011

Dearly fiancee..


Mohd Shahrim bin Abdullah


Now you turn to 28 of old...
Nothing much to say...
Just hope that you will always blessed by Allah SWT
Live life as well... healthy and happy besides me... 
My love for you too deep deeply deepest day by day..
Don't forget Allah SWT wherever you are..in any condition you stand on...
I'll be besides you no matter what happen...
Thank you for came into my life!
I love all the way you are...

Lots of love just for you 

Nor Hashimah Ismail

19 more days to go....

As salam.....

dup dap dup dap dup dap.....apa lagi yang xsettle??ohh...tudung nak pakai masa hari nikah dan sambut tetamu....tunggu en tunang tolong carikan on the way balik dari terengganu....





jadi yg mana lebih sesuai untuk di pakai???


alamak!borang nikah baru nak p submit esok....alahai.....

heart and soul therapy


Followers