Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label wed preparation. Show all posts
Showing posts with label wed preparation. Show all posts

Alhamdulillah syukur padamu Allah selamat sudah...3 June 2011

Assalamualaikum...

agaaaakk lama sangat tak update..actually sebelum ni update blog kat office, jadi apabila kembali bekerja setelah cuti kahwin habis, faham-faham jelah..kerja membukit bergunung...jadinya tiada masa nak update, kat rumah tak usah cakap..tak ada internet..jadi untuk sesi pemanasan kembali berblogging ni..saya paparkan secebis dua gambar-gambar hari bersejarah yang telah berlangsung pada 3 Jun 2011 (nikah), 4 June 2011 (rumah perempuan) dan 6 Jun 2011 (rumah lelaki), gambar-gambar ni pun amik dari adik ipar cameraman yang tak official, yang photographer (adik ipar juga, tp yg officials) punya belum siap..hmmm lama juga tu..so you all..enjoy yang tak berapa cantik ni....


time ni tak nervous lagi....


haaaa see..jam tu yang penting ok..sampai kena marah dgn makcik yg handle majlis...haha..ada ka patut dia ckp jam tu tak sesuai dgn aku...


ya! saya setuju...hehee...
ni lah 1st time aku pakai inai..merah sgt..sampai malu nk tonjolkan jari jemari yg tak runcing itu...


yang baju hijau tu my dad..and bertudung maroon tu my mom..


menerima mas kahwin dari en hubby...sob sob sob...sgt2 terharu


ni yg plg terharu ni...dua org sahabat..ika dan tasha berkampung kat rumah aku3 hari...tq girls!


setelah selesai majlis...preview sket jubah nikah..


sob sob sob...tetiba ja rasa sebak tak dapat nak ucap...meraung2 juga la kan...anak mak la katakan...


perkenalkan..ini keluarga mertua..kiri dan kanan aku dgn hubby tu MIL and FIL


lastly....ini short vclip sepanjang majlis akad nikah...


stay tune!!







19 more days to go....

As salam.....

dup dap dup dap dup dap.....apa lagi yang xsettle??ohh...tudung nak pakai masa hari nikah dan sambut tetamu....tunggu en tunang tolong carikan on the way balik dari terengganu....





jadi yg mana lebih sesuai untuk di pakai???


alamak!borang nikah baru nak p submit esok....alahai.....

Sticker stick

Assalamualaikum....

haaaa pagi ini aku dah terima sticker yang di kurier oleh 'my friend' nang norzilah...tengok tu...




ha murah dan puas hati...actually ni hadiah sempena majlis kahwin aku tak lama lagi...so lepas ni siap sedia untuk aktiviti lekat melekat atas kotak.........tak sabar nak tengok kotak-kotak 'gift' tu siap.....haha..

Counting is starting!

hmm.....35 more days to go.....


my heart feel..nervous..nervous..nervous...


wed's preparation still in progress..............


wed's invitation card already printed done...


wed's costume already booked.....


wed's form.....almost completely filled up...


guest's gift.....in the middle.........


foods and beverage....to be done by my father.....


honeymoon full moon.....already decided...where??secretssss.......hehe.....


what else that I forgot to hah?hmmm......lets check it out guys!

Kek alahai si kek

Assalamualaikum....

Ambil seminit dua nak melepaskan yang berbuku dalam kepala ni.....boring betul rasa bekerja pada hari sabtu...lagi bertambah boring sebab nak fikir-fikir design untuk kek kahwin.....yang aku minat..kawan aku cakap tak lawa tak grand pula...phew...nak buat macamana..aku memang pengemar corak-corak simple..yang mana itu memang dah semulajadi Allah cipta sifat aku yang satu ini....keluarga dan kawan-kawan rapat yang kenal aku memang dah maklum akan sifat aku ini....dan kebanyakkan barang-barang yang aku nak..aku akan pergi beli..survey...dan pilih sendiri sorang-sorang...cuba tengok picture yang aku ambil dari website mana tak tau..tapi aku memang berkenan dan terpikat sangat..







haaaa....simple and nice right??hati berbunga-bunga ja tengok picture kek-kek di atas...kawan aku yang nak buat tu tak suka...tapi aku over excited suka....haha..pening-pening...katanya kahwin sekali ja...nak grand pun sekali ja seumur hidup...betul tu memang betul...tapi tuan yang nak order ni tak berkenan yang corak penuh kerawang-kerawang...so?



ok yang ini pulak...lepas dah finalize ke semua kek-kek di atas....aku decide nak yang macam ini...tapi bunga tu aku tak berapa berkenan...so kena ganti dengan corak lain.....dan tambah sedikit words..selamat pengantin baru.....or just nama dan tarikh majlis ja...you all yang ada nak komen apa-apa pasal kek or ada suggestion boleh ja tinggalkan komen ya...


p/s : Alhamdulillah...rasa lapang sikit kepala dapat membebaskan yang berbuku dalam kepala...hehe..nak sambung buat cpm projek bagi siap..berderet lagi kerja dok tunggu....

House for rent...

Assalamualaikum.....niat hati teringin nak mencoret tapi kesibukan membataskan waktu, today I am felt comfortable it cause of my job working smoothly...syukur alhamdulillah...yesterday me,my fiancĂ©e,ayahlong & mamalong pergi lawatan tinjau rumah sewa yang bakal kami duduk after married, situated at bukit gedong...and merupakan sebuah flat lama 5 tingkat...by the way nak mentioned..kat penang ni..if nak sewa rumah teres quite hard sebab cost sangat mahal! dah sama dengan bayar bulan untuk rumah yang kita beli ha....jadi alternatif yang paling save cost adalah sewa rumah flat...tu pun kalau ayah-ayah kita kat kampung sana dengar, mereka akan cakap " 2 bilik ja sampai 400 ratus?mak hang...mahai nya..rumah kecik pulak tu !" haaa...pada orang -orang  yang dah biasa dengan keadaan pasaran sewa rumah semasa sekitar pusat -pusat bandar terkenal seperti kuala lumpur, penang dan johor...itu adalah perkara biasa dan 400 ratus di kategorikan sebagai paling ,murah dengan kedudukan rumah itu yang startegik...(tapi itulah nak explained kat mak ayah kita ni payah sikit)....

ok berbalik kepada rumah yang kami pergi tinjau tu...mula-mula ekspresi aku masa dapat tau rumah tingkat 4 tiada lif...(alamak tak nak lah!tingkat 4 kot..hari2 nak kena naik tangga...dah naik memang payah nak turunla jawabnya) ini disebabkan pengalaman aku tinggal ka rumah sewa tingkat 5...mak aiii jenuh jugak hari2 balik kerja naik tangga pulak...aku siap tapau nasi siap2 supaya...aku tak payah nak turun dah pi beli...nak bawa barang-barang naik atas ya Allah...hanya Allah ja yang tau..hampir2 pitam masa 1st day aku dok angkat2 barang untuk pindah....(nampak sangat body tak fit....dah lama tak senaman...weak!)...jadi bila dengar ja en tunang bagitau pasal rumah ni..aku dah tak berminat dah...so petang semalam nak tak nak pergi juga tengok...semangat tu adalah sikit sebab ayahlong & mamalong pun ada...dan...boleh jumpa en tunang..hehe...so sampai di lokasi....mata meninjau ke sekeliling kawasan...hmmmm....meriah betul flat ni...tak sunyi macam sesetengah flat yang aku pernah tinjau...kat bawah ada kedai makan...so kira bagusla...tak payah nak menapak jauh2 cari makan....parking motor berbumbung..(i like it!)...cuma parking kereta full loaded...siapa cepat dia dapat....lepas itu naik ke rumah yang di janjikan....naik tingkat 1....tingkat 2....tingkat 3...dah sampai...(aik?tingkat 3 ja ka bie?)....dalam hati syukur alhamdulillah.....indah rupa dari khabar....keadaan jiran memang aku puji sangat...1st impression..mereka peramah...jiran2 terdiri daripada orang2 lama yang dah pencen....ala2 mak ayah kita juga...jadi dalam hati aku panjatkan berbanyak2 syukur alhamdulillah pada Allah...lapang hati walaupun rumah flat yang agak uzur tapi kejiranan yang baik2 belaka....terima kasih pada ayahlong yang sudi carikan rumah sewa untuk aku dan en tunang....aku pun dah rasa tak risau kalau lepas kahwin kena tinggal 2 minggu pun...huhu!..jadi setelah jumpa berbincang dengan tuan rumah...kata sepakat aku dan en tunang setuju nak sewa rumah tu..cuma keputusan rasmi dari bakal abah mertua ja belum dapat...kalau dia kata 'ok' maknanya....terus dudukla nanti...hope he will agree....so sekarang ni 1 bab dah selesai...so tak payah fikir rumah sewa dah...tinggal nak cuci2 rumah...repair apa yang patut..cat mengecat...then boleh masuk barang...lepas ni ada masa free boleh lah buat semua tu...haa...paling aku suka dengan rumah ni...jiran depan rumah sewa tu seorang wartawan (dia ckp..awak lepas ni kita boleh jadi kawan eh..)...tapi tak mention pun wartawan apa...lepas ni la korek2 tanya...rumah dia...aku boleh described as WOW!memang cozy...moden...cute..memang dia sangat pandai decorate ruang yang kecik nampak lain dari yang lain luar flat dalam resort condominium...cuba kau orang bayangkan....memang selesa....aku tak terfikir rumah flat boleh bertukar rupa macam tu...lepas ni bolehla mula mencari2 idea untuk tema rumah...

haaa ini yang paling aku suka....makcik jiran tu cakap flat tu ada mini library (en tunang dah pandang aku sengih2!..macam tau2 ja kan kesukaan aku yang satu ni...buku...)...siap ada librarian bergaji separa kerajaan yang jaga ya...best kan?kanak-kanak pun ramai...ni lagi best...tiap2 hari isnin ada pasar malam dekat2 area tu..boleh jalan kaki saja....Giant, sunshine, kfc, pizza, mcD, petro pump station, sekolah..just 5 minutes to be there...so far...aku memang amat berpuas hati....dah tak risau kalau family nak datang bertandang...jadi kesimpulan di sini ialah...kalau nak cari rumah sewa...banyak aspek kena tengok terutama sekali keadaan komuniti tempat tu..ini penting sebab..esok2 kita kalau ada apa2 masalah...jiran2 ada untuk bantu membantu...jangan sesetengah flat yangku pernah duduk..masing2 dengan hal masing2...kalau rumah terbakar pun tak sedar...mati lah orang tu....sekian.....
Kotak Kertas...

Sejak dua menjak ini...aku dah mula membuat persiapan untuk majlis nikah yang bakal berlangsung pada bulan 6 2011...sekarang dah penghujung bulan 1 nak melangkah masuk ke bulan 2....majlis awal bulan 6 jadinya...+ - / x = ??...tinggal 4 bulan ja lagi...aaa...nervous dah terasa....apatah lagi sekarang dah sibuk mencari rumah sewa untuk di sewa lepas kahwin...lagi la  berdebar2 rasanya...apapun aku harap sangat segala perancangan urusan di permudahkan oleh Allah SWT amin....

aku seorang yang boleh di kategorikan sebagai 'simple in person'...haa nak tau apa itu...diriku yang aku kenali...seorang yang tidak cerewet hampir dalam semua perkara..sebabnya? aku tidak berapa suka untuk semakkan kepala dengan sesuatu yang tidak perlu...sama juga dalam persiapan menjelang hari bahagia...pada aku janganlah membazir kepada perkara yang tidak perlu...kedekut? mungkin juga salah satu sifat aku...tapi...untuk kebaikan diri juga...seperti 'post entry' di atas...aku hanya membuat sendiri kotak-kotak kecil daripada kertas bercetak yang terpakai seperti katalog avon...kotak tu adalah idea dari kotak origami yang budak2 suka buat tu...cuma untuk nampak lebih menarik...aku tambahkan aksesori pada kotak comel itu...haa untuk apa kotak-kotak tersebut?kotak itu adalah sebahagian dari buah tangan yang akan aku isikan dengan gula-gula atau kek buah mini untuk diedarkan kepada para tetamu masa majlis kahwin nanti....idea ini muncul setelah ku membuat survey untuk barang2 majlis...tengok paper bag..goodies yang boleh tahan juga harganya....

sambil melayan koleksi Carrie Underwood...salah seorang artis antarabangsa yang aku minat....inilah kotak-kotak kertas yang telah aku siapkan setakat ini ( foto di bawah )....




dan bawah ini pulak...peralatan yang digunakan untuk menghasilkan kotak 



dan di bawah ini pula....'working station' aku...ini kat rumah sewa...impian aku nanti dah ada rumah sendiri....aku nak 'create' 1 bahagian untuk aku berkarya bersama kertas, gunting dan gam.....



selain daripada menggunakan kertas-kertas terpakai..aku juga ada menggunakan kertas A4 80gsm berwarna (tema hitam kuning) yang aku beli 2 3 bundle....1 bundle RM14.00 = 450 keping...sekeping kertas A4 = dapat kotak + penutup kotak..jadinya...untuk 1 bundle kertas A4 aku dapat 450 biji kotak...jimat kan?...untuk aksesori hiasan pula...ikut kepada kreativiti masing-masing...samada nak tampal kertas yang di gunting berbentuk2 atau ingin membeli terus stiker terima kasih yang brkilat-kilat dari kedai bunga dan tampalkan ja...ataupun bagi yang rajin lagi...boleh lilit kotak kertas tadi dengan reben....menarik bukan?lebih menarik kerana ianya hasil buatan sendiri....aku sebenarnya memang penggemar aktiviti 'craft making'...pelbagai jenis aktiviti kraf yang aku gemar...yang terbaru...aku tengah mula belajar membuat scrapbook...tapi masa yang agak terhad dan cuti hanya 1 hari ja  Ahad agak membataskan hobi baru ini...jadi aku hanya buat sekadar mengisi waktu terluang....preview untuk scarpbook belum ada...akan di uploadkan setelah siap sepenuhnya....sapa-sapa yang rasa nak order kotak ni boleh email pada aku shima10384@yahoo.com atau sms to 0125131545....
15 Minutes Shopping...

Last few minutes ago..already reached home from popular bookstore megamall, penang..15 minutes shopping!that's the words i can describe...

ting tong....to all customer..our operations will be end up in 15 minutes..please make your last...dot dot dot...

uishh!I turn to my casio watch..hmmm...930pm...it was still early...i guess that popular closed at 10.00pm...nor than never..i just pick up 'aku terima nikahnya' of the title...hmmm..i got rebate at 20% off..quite cheap..actually that book which is for my wedding's gift...sooner.....i dont know whether that's a good idea or not..but i love the title!can't wait to explore...

reading......

i love the most!

when i felt sadness...

reading could make my heart calm and warmth....

it's that true?

of course yes!

I wish to have my own library........

Then I can spending and wasting my time there.............

and....

hopefully .......

with my loves one....




**miss my mama, dad, bro's and sister....i am not in a good mood already...
**also miss my laling...i don't know why...dedicated i turn to you by christina aguilera to you...

heart and soul therapy


Followers