Lilypie Pregnancy tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Kotak Kertas...

Sejak dua menjak ini...aku dah mula membuat persiapan untuk majlis nikah yang bakal berlangsung pada bulan 6 2011...sekarang dah penghujung bulan 1 nak melangkah masuk ke bulan 2....majlis awal bulan 6 jadinya...+ - / x = ??...tinggal 4 bulan ja lagi...aaa...nervous dah terasa....apatah lagi sekarang dah sibuk mencari rumah sewa untuk di sewa lepas kahwin...lagi la  berdebar2 rasanya...apapun aku harap sangat segala perancangan urusan di permudahkan oleh Allah SWT amin....

aku seorang yang boleh di kategorikan sebagai 'simple in person'...haa nak tau apa itu...diriku yang aku kenali...seorang yang tidak cerewet hampir dalam semua perkara..sebabnya? aku tidak berapa suka untuk semakkan kepala dengan sesuatu yang tidak perlu...sama juga dalam persiapan menjelang hari bahagia...pada aku janganlah membazir kepada perkara yang tidak perlu...kedekut? mungkin juga salah satu sifat aku...tapi...untuk kebaikan diri juga...seperti 'post entry' di atas...aku hanya membuat sendiri kotak-kotak kecil daripada kertas bercetak yang terpakai seperti katalog avon...kotak tu adalah idea dari kotak origami yang budak2 suka buat tu...cuma untuk nampak lebih menarik...aku tambahkan aksesori pada kotak comel itu...haa untuk apa kotak-kotak tersebut?kotak itu adalah sebahagian dari buah tangan yang akan aku isikan dengan gula-gula atau kek buah mini untuk diedarkan kepada para tetamu masa majlis kahwin nanti....idea ini muncul setelah ku membuat survey untuk barang2 majlis...tengok paper bag..goodies yang boleh tahan juga harganya....

sambil melayan koleksi Carrie Underwood...salah seorang artis antarabangsa yang aku minat....inilah kotak-kotak kertas yang telah aku siapkan setakat ini ( foto di bawah )....




dan bawah ini pulak...peralatan yang digunakan untuk menghasilkan kotak 



dan di bawah ini pula....'working station' aku...ini kat rumah sewa...impian aku nanti dah ada rumah sendiri....aku nak 'create' 1 bahagian untuk aku berkarya bersama kertas, gunting dan gam.....



selain daripada menggunakan kertas-kertas terpakai..aku juga ada menggunakan kertas A4 80gsm berwarna (tema hitam kuning) yang aku beli 2 3 bundle....1 bundle RM14.00 = 450 keping...sekeping kertas A4 = dapat kotak + penutup kotak..jadinya...untuk 1 bundle kertas A4 aku dapat 450 biji kotak...jimat kan?...untuk aksesori hiasan pula...ikut kepada kreativiti masing-masing...samada nak tampal kertas yang di gunting berbentuk2 atau ingin membeli terus stiker terima kasih yang brkilat-kilat dari kedai bunga dan tampalkan ja...ataupun bagi yang rajin lagi...boleh lilit kotak kertas tadi dengan reben....menarik bukan?lebih menarik kerana ianya hasil buatan sendiri....aku sebenarnya memang penggemar aktiviti 'craft making'...pelbagai jenis aktiviti kraf yang aku gemar...yang terbaru...aku tengah mula belajar membuat scrapbook...tapi masa yang agak terhad dan cuti hanya 1 hari ja  Ahad agak membataskan hobi baru ini...jadi aku hanya buat sekadar mengisi waktu terluang....preview untuk scarpbook belum ada...akan di uploadkan setelah siap sepenuhnya....sapa-sapa yang rasa nak order kotak ni boleh email pada aku shima10384@yahoo.com atau sms to 0125131545....

5 comments:

Anonymous said...

aku sgt suka dgn kotak ko ni.. cuba share cm ne nk bt..kalau blh step by step.. ngeeeeeeeeeee~

sf

ChibimarukO said...

haaa hang tunggu satgi mlm aku post cara-cara nak buat dia ok...

aida509 said...

YE LA DIK KALAU BOLE SHARE LA AKAK PUN MINAT NAK BELAJAR KAN...

aida509 said...

ye la dik , kalau sudi nak share tu boleh emailkan kat akak di aida509@ymail.com ye, tq

aida509 said...

ye la dik kalau boleh share kan cam ne nak buat kotak ni , tolong email kan kat akak ye di aida509@ymail.com, tu pun kalau sudi..hi3 tq

heart and soul therapy


Followers